Sunday, June 10, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Bertugas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat bertugas kembali. Setelah cuti yang agak panjang, marilah kita mencairkan semula kepala otak yang sudah beku dibuai alunan cuti yang sangat menyeronokkan. Kepada guru-guru, ayuh kerana tugas kita belum selesai dan tidak akan selesai sampai bila-bila. Markah juga perlu diisi dengan segera dan perbincangan soalan yang lalu juga perlu dibuat. Kemudian, sama-samalah kita membincangkan segala kekuatan dan kelemahan kita dalam mesyuarat audit akan datang. Semoga kecemerlangan kita berkekalan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment