Bismilahhiramannirahim…
Kalau tidak kerana bintang,
Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.
Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan
panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya
,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya
kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Jauh berlayar si pedagang Cina ,
Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara
Hadirin
dan hadirat yang dihormati
Cogan
kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan kata yang dicipta
untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang,
permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan
bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada
seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki
masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting
dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi
dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh
dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini
sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa
kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu,
izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah
kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa
Malaysia.
Hadirin
yang dirahmati,
Sebagai
pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri
akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia.
Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah
bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan
sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas
apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan
yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada
golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika
itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah,
apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai
wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah
jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang
cemerlang di dunia.
Hadirin
yang dihormati,
Melalui bahasa Melayu, sebarang
konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan
mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi
‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam
bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.
Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu
sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat ‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun
‘keindiaan’.
“Haiya,
ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah”
“Tambi,
itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”
Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan
setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran
hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri
perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut
dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami
proses ‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting,
setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok
untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu
Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan
medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.
Hadirin
yang dikasihi,
Dalam lautan ilmu yang memenuhi
pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa
penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib
Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah
buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk
pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting
untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang
tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak
membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir
akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di
sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan segunung pernghargaan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu
dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat
merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan
bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang
jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu
boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran
subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang
pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam
persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi
tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya
pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan
tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.
Hadirin
yang dirahmati,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita
pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa
rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang
kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah
anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu,
sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa
Melayu tonggak perpaduan bangsa.
Sekian,
terima kasih.

Wahhh.. A+ sy bg.. :-)
ReplyDeletedingin sungguh air di kali
ReplyDeleteduduk mandi di atas titi
pidato anda sedap sekali
sekali baca dah jatuh hati
bravo. hidup bahasa Melayu.
Mohon tuan izinkan saya untuk copy. Terimakasih.
ReplyDeleteMinta izin utk dgunakan dlm pertndingn pidato ...
Deletesaya nk juga dlm pertadingan
Deletesaya pon nk guna dalam pertandingan...
Deletepidato awk membuat sya tertarik . hehehhe .
ReplyDeletesedap ayt pidato nie!!
ReplyDelete