Sunday, June 3, 2012

Kaedah menulis ringkasan PMR.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada pagi yang mulia ini, kami ingin berkongsi ilmu dengan anak-anak tentang kaedah menulis ringkasan PMR. Semoga bahan ini dapat membantu anda menulis ringkasan dengan lebih baik Kami mengalu-alukan sebarang komen yang membina.Kayuhlah perlahan-lahan untuk sampai ke puncak. Sekian, terima kasih.


Proses Menulis Ringkasan.

1)   Ringkasan yang baik harus memenuhi syarat-syarat berikut:
·         Menepati kehendak soalan
·         Mempunyai isi-isi penting yang cukup
·         Menggunakan ayat sendiri
·         Idea tersusun
·         Ejaan dan tanda baca yang betul
·         Ada penanda wacana contohnya ; Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Tambahan pula, Akhirnya.

2)   Teknik mengenal pasti isi penting ringkasan:
·         Baca kehendak soalan dengan teliti dan kenal pasti kata kunci. Kata kunci soalan ditulis dengan huruf tebal.
·         Contoh soalan :
Ø  Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara untuk menerapkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat di negara ini. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
·         Contoh kata kunci dalam soalan ringkasan:
Ø  Punca = sebab-sebab, faktor-faktor.
Ø  Kesan = akibat, impak.
Ø  Cara = langkah, usaha.
Ø  Peranan = tanggungjawab, fungsi.
Ø  Kepentingan = kebaikan, kelebihan, faedah, manfaat.
Ø  Objektif= tujuan.
·         Baca petikan dengan teliti. Baca sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti perbezaan antara isi, huraian, dan contoh.
·         Garisilah isi-isi penting. Isi penting hendaklah ditulis nombor supaya tidak mengganggu kelancaran idea.

3)   Teknik menulis ringkasan:
·         Sila tulis isi penting ringkasan  yang anda garisi tadi dengan ayat sendiri.
·         Tukarkan perkataan yang difikirkan perlu. Ayat yang anda tulis ialah ayat sendiri walaupun hanya satu perkataan sahaja ditukarkan.
·         Pastikan ayat sendiri tidak berbeza dengan maksud asal ayat.
·         Pastikan ayat anda gramatis.
·         Gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan isi.
·         Pastikan anda dapat menulis tidak melebihi 80 patah perkataan. Perkataan selepas angka 80 tidak akan dikira.
·         Tidak perlu menulis pendapat sendiri dalam ringkasan.
·         Ringkasan ditulis dalam satu perenggan sahaja.



1 comment:

  1. trimas, sekara aku tahu macam mana mahu tulis ringkasan.

    ReplyDelete