Sunday, June 3, 2012

Ulang kaji Novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

SPM semakin hampir. Setiap saat hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya supaya setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru akan melekat di dalam kepala. Oleh itu, marilah kita mengulang kaji pengetahuan asas tentang novel yang dipelajari ketika di Tingkatan 4 dan 5. 


SET 1 ( Pengetahuan asas kandungan cerita )

ARAHAN:  Susun semula peristiwa dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan yang berikut mengikut jalan cerita sebenar.

Melunas Rindu
  • Farhana bertengkar dengan Cikgu Zamani kerana Cikgu Zamani tidak masuk ke kelas.
  • Fuad bertemu Peter Lim di Raub dan bercadang ingin mencari kubur ibu kandungnya.
  •  Fuad mengajar Bahasa Inggeris di SM Seri Setia dan Cikgu Abas memperkenalkan Farhana kepada Fuad. 
  • Fuad bertemu Pak Ngah Lias dan mengetahui bahawa kubur ibunya tidak wujud.
  • Fuad ke rumah Cikgu Zamani dan menolak pelawaan Cikgu Zamani untuk menyertai jemaah.
  • Fuad membeli sebidang tanah untuk Pak Ismail dan Mak Salmah.
  • Fuad bertemu Robert Lim dan mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya semasa menjaga ibu Farhana di hospital.
  • Fuad menyambut hari lahir Farhana dan membawa Farhana ke rumah Pak Ismail.
  •  Robert Lim dan Chin ke rumah Pak Ismail untuk berjumpa Fuad dan menyerahkan cincin.
  • Fuad,Pak Ismail,Mak Salmah dan ibunya, Mariana menunaikan umrah.

SUSUNAN  PERISTIWA
KETERANGAN PERISTIWA
Peristiwa 1

Peristiwa 2

Peristiwa 3

Peristiwa 4

Peristiwa 5

Peristiwa 6

Peristiwa 7

Peristiwa 8

Peristiwa 9

Peristiwa 10


NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

  •  Faridah dan Soleh memilih untuk menetap di Cameron Highland,Malaysia.
  • Rahayu pengsan di UPM dan disahkan menghidap kanser paru-paru.
  • Kamarudin dan Trooper Buyung menjejak Fariah dengan bantuan mimpi Rahayu.
  • Kematian ibu Faridah; Salmah dan suaminya Ghazali.
  • Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan di Bukit Fraser.
  • Melina bertemu Benny dan mereka berkahwin lalu menetap di Marang,Terengganu.
  • Faridah bermimpi bertemu Rahayu di alam mimpi dan apabila Faridah sedar, Rahayu  sudah meninggal dunia.
  • Benny melarikan diri kerana disyaki terlibat dalam pengganas.
  • Faridah bertemu semula Datuk Azrul semasa membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.
  • Kamarudin dan Trooper Buyung menemui Faridah dan Iqbal di perkampungan orang asli.
  • Faridah tersedar daripada pengsan dan mendapati dirinya berada di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu.
  • Tuan Cecil Renking mengebom lombong bijih timah kerana ada buaya.


SUSUNAN 
PERISTIWA
KETERANGAN PERISTIWA
Peristiwa 1

Peristiwa 2

Peristiwa 3

Peristiwa 4

Peristiwa 5

Peristiwa 6

Peristiwa 7

Peristiwa 8

Peristiwa 9

Peristiwa 10

Peristiwa 11

Peristiwa 12


No comments:

Post a Comment