RAMAI murid yang mengeluh panjang kerana gagal mengembangkan isi dengan baik dalam setiap perenggan karanagn. Mereka hanya mampu untuk menyatakan isi utama sahaja dan sukar untuk mengembangkannya sehingga huraian yang dibaca menjadi jelas seterusnya matang.
Teknik asas ketika menulis ialah murid-murid perlu tahu bahawa karangan memerlukan kita menguasai lima aspek utama iaitu :
- Ayat 1 : Isi utama
- Ayat 2 : Mengapa?
- Ayat 3 : Bagaimana?
- Ayat 4 : Contoh/Peribahasa.
- Ayat 5 : Ayat penegas
Ketika merangka isi karangan, murid-murid juga perlu merangka huraian karangan mereka. Sebagai contohnya :
Soalan : Peranan ibu bapa memupuk semangat membaca dalam diri anak-anak
- Ayat 1 : Isi utama : Berkunjung ke perpustakaan awam yang berhampiran bersama anak-anak.
- Ayat 2 : Mengapa? : Menarik minat anak-anak untuk membaca buku.
- Ayat 3 : Bagaimana? : Ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada hujung minggu atau cuti umum dan meluangkan masa bersama di sana dengan membaca buku cerita atau majalah.
- Ayat 4 : Contoh : Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke ruang membaca anak-anak yang sangat menarik yang disedaiakn di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru.
- Ayat 5 : Ayat penegas : Melalui usaha ini, jelaslah bahawa usaha membawa anak-anak ke perpustakaan dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Terjemahkannya menjadi perenggan lengkap :
Antara peranan ibu bapa memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak termasuklah berkunjung ke perpustakaan awam yang berhampiran bersama anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat menarik anak-anak untuk membaca buku. Peranan ibu bapa ini dapat diwujudkan dengan membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada hujung minggu atau cuti umum dan meluangkan masa bersama di sana dengan membaca buku cerita atau majalah. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke ruang membaca anak-anak yang sangat menarik yang disedaiakn di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru. Melalui usaha ini, jelaslah bahawa usaha membawa anak-anak ke perpustakaan dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Sekian, semoga paparan ini dapat membantu anda. Kami sangat mengalu-alukan komen yang membina. Selamat berhujung minggu.
Membaca Buku Membuka Dunia. |
No comments:
Post a Comment